Hari Jumaat yang lalu, aku terima berita yang sepupu aku, Fendi telah meninggal dunia. Arwah baru berumur 45 tahun kalau tak silap aku. Aku dan adik ku Fauziah bergegas bertolak keTaiping, kerumah arwah. Ibu Fendi, hajah Zahariah adalah adik kepada arwah ibuku. hajah Salbiah. Dikala arwah Fendi atau nama penuhnya Affendi masih hidup, aku tidak berapa mesra dengannya, bukan kerana kami pernah berkelahi atau sebagainya. Walau apa pun aku merasa sedih juga pemergiannya itu.Aku dan adikku Fauziah serta juga isteriku hajah Mazni bertolak dari Ipoh lebih kurang pukul 9.30 pagi menuju keTaiping. Fauziah lah yang memandu kereta Myvi nya. Aku sudah lama tidak memandu kereta jarak jauh. Kereta aku ini pun tidak berapa 'gagah' seperti dulu lagi, ada saja masaalahnya...
Monday, October 28, 2013
Wednesday, October 23, 2013
Pak Usop menung lagi diwarong Pak Mail. Pak Mail memerhatikan sahaja. Beliau faham sangat perangai pelanggan warongnya itu. Pelanggan pelanggan nya kebanyakan nya sudah berumur seperti Pak Usop. Pak Usop seorang pesara kerajaan. Apabila tiada pelanggan Pak Mail akan duduk dimeja Pak Usop dan melayannya bersembang. Pak Usop kadang kadang meluahkan perasaan nya kepada Pak Mail. "Tak tahu apalah yang tak kena dengan aku ni, Mail.." haji Yusof mula meluahkan perasaan nya.
"Mengapa pulak Sop ?" tanya haji Ismail..
"Ialah, pak bilal masjid kita tu dah tak mau bertegur sapa dengan aku lagi.."
"Ia ke ? mungkin perasan engkau tak ?" sambung haji Ismail lagi.
"Bukan perasan, aku pasti.." jawab haji Yusof, " Selalunya dia mesra dengan aku. tapi dua tiga hari ni dia buat buat tak kenal dengan aku."
"Mungkin dia tak sehat atau ada masaalah kot.." haji Ismail cuba menenangkan haji Yusof...

Friday, October 18, 2013
Haji Moostafa masih lagi belum dapat menyiapkan memoirnya yang sekian lama tergendala punulisannya. Katanya dia akan siapkan selewat lewatnya hujumg tahun ini. Katanya lagi, entah mengapa dia rasa berat untuk menyiapkannya. Ada lah sekali sekala dia menyunting memoirnya itu. Sejak akhir akhir ini kesihatan nya selalu terganggu. Selera makan sudah tidak seperti dulu lagi. Dia selalu terganggu dalam tidurnya. Dia sering marah marah dan perasaan nya tidak tenteram...
Sunday, October 6, 2013
Pak Yusof atau orang kampung panggil Pak Usop, duduk termenung diwarong Pak mail ditepi jalan besar menuju kepekan Gopeng atau keKampar keselatan. Cawan kopi o yang ada diatas meja dihadapannya hampir kosong. Dia merenung jauh memerhatikan kereta yang lalu lalang dijalan dihadapannya.
"Apa menung tu pak Usop ?" tiba tiba terdengar suara dari hadapan warong Pak Mail.
Pak Usop tersentak dari lamunan dan memerhatikan Shahril, seorang pemuda kampung itu juga yang baru sampai dan baru nak turun dari motosikalnya.
"Oh, engkau Aril.." jawab pak Usop dan tersenyum melihatkan Shahril atau Aril. "Ah, takde apa apa.." sambung pak Usop lagi...
"Selalu Pak Usop ceria, ngapa hari ni nampak sugul ?"
" Biasa lah Aril.." kata Pak Usop.