Tamadun manusia muncul dain musnah berdasarkan keadaan moral manusia. Dalam sejarah kita perhatikan bahawa kemajuan yang dicapai olih manusia dalam bidang ilmu sains dan teknologi memberi kesenangan banyak kepada manusia, memudahkan kerja dan kehidupan manusia, menyelesaikan masaalah penyakit dan sebagainya, tetapi tidak berjaya menyelesaikan masaalah moral. Kemajuan ilmu digunakan juga sebagai alat untuk menjajah bangsa yang lemah. Kekayaan diperolihi dan digunakan sebagai alat kuasa dan pemerasan. Kemiskinan tidak dapat diselesaikan. Keadilan tidak berlaku, baik dalam masyarakat miskin atau masyarakat kaya raya dan maju. Maka berlakulah penjajahan dalam sejarah manusia. berlakulah peperangan , pemberontakan dan revolusi. Kisah ini tidak habis habis, tetapi berulang terus, sehinggalah kehari ini.
(Dipetik dari Dewan Masyarakat, Januari 1992, m.s 40-41)
(Dipetik dari Dewan Masyarakat, Januari 1992, m.s 40-41)


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home