Kasehan Pak Maon. Kini hidupnya kesepian dan bersendirian. Hanya isteri yang dikasehi sentiasa berdamping dengannya. Pak Maon, kini menjangkau umur warga emas dan hampir tujuh tahun bersara dari perkhidmatan kerajaan.Tiada kawan seperti dulu lagi. Wang pencen pun hanya cukup untuk belanja seadanya, tidak mewah seperti dulu. Dulu Pak Maon berjawatan tinggi berpengaruh dan berkuasa dalam kerajaan. Pak Maon dulu seorang tampan dan bergaya. Ramai gadis, janda dan isteri orang meminatinya. Ada yang sanggup menyerahkan jiwa dan raga kerana terpikat dengannya dan ramai juga yang kecewa kerana cinta tidak berbalas. Kawan kawan dan kaki kaki ampu sentiasa berdampingan dengannya. Isteri Pak Maon, kak Jah makan hati berulam jantung mengenangkan perangai dan tingkah laku Pak Maon, tetapi kak Jah seorang penyabar dan seorang isteri yang setia. Dia selalu berdoa agar suaminya berubah laku kerana dia amat sayang kepada suaminya itu. Itu semua sudah berlalu. Alhamdulillah berkat doa kak Jah, Pak Maon sudah banyak berubah setelah dia sedar apa yang ada pada dirinya satu masa dulu hanya sementara sahaja. Pak Maon dan kak Jah baru saja menunaikan fardhu haji dan Pak Maon sentiasa berulang alik kemasjid menunaikan solat. Dia banya menghabiskan masa belajar apa yang perlu dia tahu sebagai seorang Muslim. Dia sudah boleh membaca alQuran dengan baik setelah mendapat tunjuk ajar dari beberapa orang ustaz ditempatnya. Alhamdulillah..
Wednesday, April 24, 2013
Friday, April 12, 2013
Kampong ku yang permai,
aman dan damai,
pohon pohon hijau nan melambai,
ditiup sang bayu sepoi bahasa,
sungai yang mengalir tenang,
memikat hati yang lara,
kanak kanak gembira dan ketawa,
mandi didalamnya,
tiada duka nestapa,
tiada sengketa,
inilah anugerah yang maha Esa,
jangan lah dipersia siakan.
sujudlah kepadanya.
semoga bahagia lah kita selamanya...
aman dan damai,
pohon pohon hijau nan melambai,
ditiup sang bayu sepoi bahasa,
sungai yang mengalir tenang,
memikat hati yang lara,
kanak kanak gembira dan ketawa,
mandi didalamnya,
tiada duka nestapa,
tiada sengketa,
inilah anugerah yang maha Esa,
jangan lah dipersia siakan.
sujudlah kepadanya.
semoga bahagia lah kita selamanya...

