Sayang disayang

Friday, September 27, 2013

"Jangan pandai cakap ajer Pak Ali. Siasat dulu sama ada khabar itu betul.." tempelak Faisal yang tak tahan lagi mendengar sembang Pak Ali.

"Apa pulak tak betulnya. semua orang dah tahu.." jawab Pak Ali.

"Pak Ali, semua orang tahu, tidak bermakna betul.."

"Alaa, kau tu apa tau. Kau tu budak mentah lagi. Mentang mentang kau belajar diuniversiti, kau ingat kau tu dah bijak dah. Kau mana tau hal kampung ni.." Pak Ali nampak dah naik angin. Dia memang selalu begitu, pantang dibangkang. Mentang mentang dia ketua kampung.

"Pak Ali. Saya bukan nak tunjuk bijak dan saya bukan nak menentang Pak Ali. Tetapi Pak Ali mesti ingat, jangan terus percaya khabar angin dan yang penting lagi jangan sebarkan khabar angin." jawab Faisal dengan bersungguh sungguh. Faisal pemuda kampung itu juga yang bijak dan tegas orangnya. Dia tak ramai kawan kerana segan dengan keterampilannya. Dia juga dihormati oleh penduduk kampung kerana dialah satu satu nya anak kampung itu yang berjaya sampai kemenara gading melanjutkan pelajaran. Memang dari usia kanak kanak lagi Faisal telah menunjukkan bakatnya dan kecerdikannya. Bapanya Husin seorang peniaga ikan dan sayor dipasar dipekan berhampiran dengan kampungnya. Faisal ada dua orang adik, seorang lelaki dan seorang perempuan yang masih bersekolah. Ibu nya Zaleha juga seorang yang gigih dalam meningkatkan ekonomi keluarganya. Hidup mereka boleh dikatakan tidak susah berkat usaha Husin dan isterinya Zaleha..