Sayang disayang

Friday, October 9, 2015

Hari ini, 5 syawal 1436. Suasana hari raya semakin hambar. Aku seperti itu juga, menjalani sisa hidup ini dengan keyakinan bahawa aku akan melalui perubahan perubahan yang membawa aku kesyurga. Walau apa pun, tentulah ada ujian dan dugaan nya. Manusia tetap manusia. Aku tidak terkecuali. Hubungan aku dengan manusia manusia lain yang dipanggil silatulrahim aku perbaiki. Perintah perintah Tuhan aku turuti walau masih tidak mantap. Larangan larangan Nya aku hindarkan dari hidupku. Alhamdulillah... Aku sekarang menuju kejayaan, walau jalan yang penuh ranjau dan duri...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home