Sayang disayang

Sunday, July 20, 2014

Haji Yusof sedang berbaring dibiliknya. Dia merenung kesiling biliknya itu. Dia baru lepas menunaikan solat zuhur dimasjid berdekatan. Begitulah hampir setiap hari. Dia sedang mengelamun dan berfikir tentang banyak perkara. Setelah hampir sepuluh tahun bersara haji Yusof masih seperti dulu juga. Apabila melakukan sesuatu dia serius dan komited. Dia sedang menulis memoir nya yang hampir siap dan telah memulakan dua buah novel pula. Kadang kadang haji Yusof akan menulis diperpustakaan dan disamping itu dia juga membuat kajian tentang bahasa Melayu. Dia cuba menggunakan perkataan bahasa Melayu yang tidak pernah didengar olih ramai orang dalam novelnya atau memoirnya. Walau begitu, dia selalu menghadapi gangguan. Sering kesihatan nya terganggu. Dia perlu banyak rehat. Beberapa kali dia berjumpa doktor untuk mempastikan apakah penyakit yang dialaminya dan keputusannya ialah dia sehat. Doktor menasihatnya supaya selalu bersenam. Haji Yusof memang malas untuk bersenam. Selepas solat subuh dimasjid dia balik kerumah dan setelah sarapan, dia terus tidur semula jika tidak ada kelas mengaji al Quran.