Sayang disayang

Monday, October 28, 2013

Hari Jumaat yang lalu, aku terima berita yang sepupu aku, Fendi telah meninggal dunia. Arwah baru berumur 45 tahun kalau tak silap aku. Aku dan adik ku Fauziah bergegas bertolak keTaiping, kerumah arwah. Ibu Fendi, hajah Zahariah adalah adik kepada arwah ibuku. hajah Salbiah. Dikala arwah Fendi atau nama penuhnya Affendi masih hidup, aku tidak berapa mesra dengannya, bukan kerana kami pernah berkelahi atau sebagainya. Walau apa pun aku merasa sedih juga pemergiannya itu.Aku dan adikku Fauziah serta juga isteriku hajah Mazni bertolak dari Ipoh lebih kurang pukul 9.30 pagi menuju keTaiping. Fauziah lah yang memandu kereta Myvi nya. Aku sudah lama tidak memandu kereta jarak jauh. Kereta aku ini pun tidak berapa 'gagah' seperti dulu lagi, ada saja masaalahnya...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home