Sayang disayang

Friday, February 14, 2020

Hari ini, 15 Feb. 2020...

Umur aku sudah menjangkau 70 tahun. Aku masih disini lagi...

Tuesday, August 14, 2018

Melayu/mamak

Hampir dua minggu aku tidak lagi solat berjemaah dimasjid Kg Melayu sg. Rapat. Ini disebabkan aku fobia berdepan dengan seorang mamak bernama Ali Jinnah atau lebih dikenali sebagai Ali paper. Memang dia ni memang terkenal sebagai ' kaki gadoh'. Ada saja pasal dia nak bergadoh dengan sesiapa. Mula aku duduk tempat aku duduk sekarang aku dah nampak dia tak berkenan dengan aku. Bila aku mula berjinak jinak dengan penduduk tempatan dan solat berjemaah dimasjid ini, aku berbuat baik dengan menyumbangkan sedikit sebanyak kepada masjid ini, seperti kopi, gula dan lain lain. Tiba tiba dia dan seorang lagi mamak, juga bernama Ali sibuk bertanyakan 'orang dapur' jika ada apa apa yang diperlukan. Kalau nak menyumbang apa apa, sumbang sahajalah. Tak perlulah tanya. Sekarang aku tidak lagi 'berbaik baik dengan mereka' tapi bukan lah putus silatulrahim, nauzubillah...Aku tidak pernah berniat untuk bermusuh dengan sesiapa dan aku ingin berkawan dengan sesiapa sahaja....

Monday, July 9, 2018

Hari ini Shahreza lapur diri dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ipoh, Perak. Dia telah diterima sebagai Pembantu Penguasa Kastam hari ini. Tinggallah JKKN, Perak. Diharap dia berjaya hendaknya. Insyaallah....

Monday, January 1, 2018

sembang sembang...

Sekarang, sejak ada whatsapp, FB ramai jadi ahli falsafah (philosopher) tapi aku tak faham apa yang ditulis. Kita ni kalau nak tunjuk pandai, tentukan kita pandai. Nak jadi pandai bukan senang. Kena belajar betul betul dengan menimba ilmu dari banyak sumber. Zaman sekarang kemudahan sangat banyak. Tak perlu pergi universiti atau lain lain pusat pengajian...renungkan lah...kalau asyik bersembang dikedai kopi atau dimasjid sebelum menunggu isyak selepas maghrib, tak perlulah nak berhujah yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Bila bercakap, lain tajuknya lain yang pula yang dihujahkan. Bahasa Melayu yang digunakan pun lintang pukang. Perkataan perkataan yang digunakan pun tidak tepat maksudnya. Kalau menulis, ejaan pun lintang pukang juga...

Saturday, February 4, 2017

                                          PERJALANAN TERAKHIR

Abah, pada hari Sabtu yg lalu, berada diKg Gunung Mesah. dirumah Fauziah adikku,dibawa olih anakku Farhan. Sebelum ini beliau duduk dirumah Nina, adik ku diKota Damansara. Memang dari dulu dia duduk disitu. Tiba tiba dia nak duduk diKampong. Dia memang uzur. Umurnya dalam lingkungan 86 tahun.Dirumah Nina memang tiada siapa menemaninya kerana Nina bertugas dan balik jauh malam. Adikku yang bongsu Aman Shah atau Aman Grasika pula jarang berada dirumah kerana tugas juga. Tinggallah abah seorang diri untuk menguruskan dirinya walaupun sudah uzur. Begitulah..

Tuesday, January 24, 2017

Tak habis habis bersembang tentang politik dan orang politik. Sekarang ni semuanya mudah untuk menyebarkan dakyah dan khabar angin. Aku dah bosan. Yang bercerita pun entah dari punca mana dapat maklumat. Semua dia tau. Entahlah. Dia tak tau ke menyebarkan fitnah dan mengumpat itu satu dosa besar ? Yang hairan nya dia sendiri pun separuh tiang. Kadang kadang dia ditempelak olih seorang yang berpengetahuan tinggi dan pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan, terkedu juga dia....tetapi esoknya dia buat lagi..Kadang kadang saya nak syorkan kepada nya untuk masuk politik dan bertanding dalam PRU yang akan datang ini....

Thursday, November 5, 2015

Make everyday  count. Appreciate every moment and take from it everything that you possibly can for you may never be able to experience it again...