Sayang disayang

Monday, May 5, 2014

Haji Yusof dah lama tak nampak direstoran Siti Khatijah. Sebelum itu, hampir setiap pagi haji Yusof makan dan minum disitu. Aziz, salah seorang pekerja direstoran tersebut pernah bertanya kepada haji Yusof apabila berjumpa dimasjid kampung Melayu, mengapa haji Yusof tak datang lagi direstorannya. Adakah apa apa kesilapan yang telah dilakunya terhadap nya.

"Tuan haji mengapa tak pernah datang lagi ?" tanya Aziz kepada haji Yusof. "Adakah tuan haji marah kepada saya atau ada kah apa apa kesilapan yang telah saya lakukan ?" tambah Aziz lagi.

"Oh, jangan risau. Kamu tidak buat apa salah terhadap saya. Saya hanya nak bertukar selera saja." jawab haji Yusof berdalih.

Sebenarnya haji Yusof memang orang yang sensitif. Dia tidak lagi pergi kerestoran Siti Khatijah kerana suatu hari ketika dia mengunjungi restoran tersebut seperti biasa untuk menjamu selera, dia perasan dia diperhatikan olih pemunya restoran itu seorang anggota polis yang masih berkhidmat. Yang menguruskan restoran itu adalah isterinya. Selalu haji Yusof nampak anggota polis itu duduk dimeja paling belakang sambil membaca surat khabar. Kadang kadang dia memakai pakaian seragam, kadang kadang tidak. Haji Yusof merasa gelisah apabila direnung begitu rupa. Anggota polis tersebut tidak lepas merenungnya. Haji Yusof hanya memilih makanan yang hendak dimakannya dan memesan kopi sebagai minuman nya. Anggota polis tersebut masih lagi merenungnya seolah-olah untuk mempastikan samada haji Yusof ini orang yang dikehendaki polis. Setelah makan dan minum, haji Yusof terus beredar dari situ. Haji yusof memang dari dulu menyimpan perasaan benci terhadap polis olih kerana beberapa peristiwa yang dialaminya sebelum itu....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home