Sayang disayang

Wednesday, February 11, 2015

Lojik (logic) dan rasional (rational) adalah dua perkara berbeza tetapi ada kaitannya. Ada perkara yang lojik tetapi mungkin tidak rasional. Sebuah kereta mobil tidak mungkin bolih bergerak jika tiada bahan bakar (fuel) atau petrol dansebagainya. Tetapi kalau saya kata sebuah kereta mobil bolih bergerak tanpa kuasa bahan bakar. Ramai yang tidak percaya. Apa kata kalau saya katakan kereta mobil itu bergerak dengan menuruni bukit apabila brek tangannya dilepaskan. Ini lojik namanya. Suatu masa dulu tiada siapa menyangka yang manusia bolih terbang. Setelah kapal terbang dicipta, nah ! tiada siapa yang hairan bahawa manusia bolih terbang dengan menggunakan pesawat dan bolih sampai kesuatu tempat dengan pantas.  Dalam kehidupan manusia, kepercayaan, budaya, adat tidak dapat dipisahkan. Manusia adalah makhluk Tuhan yang istimewa. Manusia, sejak dulu lagi berubah ubah cara hidupnya dari segi apa juga pun kecuali naluri dan nafsunya. Perasaan dan emosi tetap mempengaruhinya.

Berfikir adalah satu skill atau kemahiran. Manusia memang diberi satu kelebihan dari makhluk makhluk TSuhan yang lain iaitu otak atau sering disebut akal. Olih sebab manusia bolih berfikir lah, maka manusia bolih mencapai kemajuan dari segi apa sekali pun. ejak zaman dulu lagi manusia condong untuk mencari dan ingin tahu apa yang ada disekelilingnya. Bukan itu saja, manusia sentiasa bertanya, "mengapa" dan "bagaimana". Manusia sentiasa merancang dan merancang untuk melakukan sesuatu. Apabila merancang, mereka akan berfikir bagaimana supaya apa yang dirancang akan mencapai matlamatnya. Walaubagaimana pun adakala hasil apa yang dirancang tidaperti apa yang diharapkan. Ini disebabkan beberapa fakta. Manusia tidak terlepas dengan melakukan kesilapan pada satu satu masa. Thomas Edison, pencipta lampu letrik mengalami 700 kali kegagalan sebelum berjaya. Dalam satu satu orginisasi atau kerajaan (government), orang yang difikirkan bolih membuat perancangan akan dipilih untuk sesuatu matlamat tertentu. Sama ada perancangan itu berjaya atau gagal terpulang kepada kebijaksanaan perancang dan perlaksanaan nya. Kalau perancangan yang baik sekalipun, tetapi perlaksanaannya tidak menepati apa yang dirancang, maka kegagalan lah akhirnya.

Pada zaman sekarang, banyak perkara dipertikaikan olih orang ramai. Apa saja. Memang manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang ada. Selain akal fikiran, manusia dinaungi olih nafsu dan perasaan. Nafsu selalunya mengatasi akal fikiran. Tetapi tanpa nafsu juga manusia tidak ada cita cita. Nafsu dan kemahiran dan juga kepandaian membolihkan manusia mencapai cita cita. Nafsu mendorong manusia melakukan sesuatu, akal fikiran pula mengawal hala tuju dan mencari jalan yang paling lojik dan rasional untuk mencapai matlamatnya. Sebagai contoh, apabila kita pergi membelibelah disebuah pasar besar. Nafsu sudah tentu mahukan banyak barangan untuk dibeli, tetapi akal mengatakan beli mengikut kemampuan kita.

Manusia juga sentiasa berfikir adakah cara hidup kita sekarang ini yang terbaik ? atau bolihkah kita perbaiki lagi ? atau kita bertanya, mengapakah kita amalkan sesuatu amalan yang kita sendiri tidak tahu puncanya atau telah diamalkan sejak datok nenek moyang kita lagi. Manusia suka mencuba sesuatu yang baru. Hidup merangkupi berbagai aspek. Kepercayaan, adat, ekonomi, dan kemajuan. Ada manusia dimuka bumi ini, cara hidupnya tidak banyak berubah disebabkan tiada pengaruh luar seperti penjajahan dan sebagainya. Begitu juga individu individu yang ada dimuka bumi ini, ada yang tidak berubah hidupnya. Ini kerana beberapa faktor. Faktor yang ketara ialah dia tidak nampak ada yang lebih baik dari yang dia ada. Faktor yang lain ialah dia tidak mahu meniru atau belajar kerana pada fikirannya, apa yang dia ada atau buat adalah yang terbaik. Ada yang cepat berpuas hati dengan apa yang ada.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home