Sayang disayang

Monday, April 7, 2014

Haji Yusof seperti hari hari sebelumnya duduk dibangku yang sama diRestoran Siti Khatijah, Medan Gopeng ketika bersarapan. Waktu menunjukkan pukul 10.00 pagi. Seperti biasa juga Manaf lah teman haji yusof bersembang sambil bersarapan.

"Memang betullah kata orang, kawan ketawa senang dicari, tetapi kawan menangis susah dicari." tiba tiba Manaf memecah kesunyian.

" Manaf, " haji Yusof mencelah dan menjawab, "dari dulu hingga sekarang dan selamanya ini adalah perkara biasa."

" Dulu ketika saya ada jawatan, ada kuasa, saya tak pernah kesunyian, kerana ramai kawan yang sentiasa mengekori saya kemana saya pergi..." Manaf mengeluh.

Haji Yusof, sambil tersenyum, menjawab, " Tak usahlah kau kenang itu semua. Semuanya telah berlalu. Aku pun begitu juga dulu. Apa yang engkau lalui telah aku lalui lebih dulu dari engkau."

Haji yusof berselera benar menikmati bakso yang hampir separuh telah dimakannya. Bakso adalah kegemaran haji Yusof. Kemudian haji Yusof akan menikmati popiah pula. Minuman kegemarannya ialah kopi O kurang manis. Manaf pula tidak mengira apa yang nak dimakan. Kadang kadang mi goreng, kadang kadang nasi goreng. Manaf tidak cerewet sebab dia sudah pasti apa yang dimakan dan minum olihnya akan dibayar olih haji Yusof. Haji Yusof pemurah orangnya. Semua kariah masjid Jamek sudah faham sangat dengan haji Yusof. Haji Yusof sentiasa tersenyum dan masih segak bergaya walau umurnya sudah menjangkau enampuluh empat tahun.

Manaf pula baru dua tahun bersara dari jabatan  kerajaan. Dia tidaklah berpangkat tinggi tetapi ketika dia masih dalam jabatan kerajaan, dia adalah pegawai yang dedikasi dan sentiasa membantu. Itulah sebabnya dia popular ketika itu dan ramai pula orang yang suka minta bantuan darinya. Manaf seorang pekerja yang jujur dan dia tidak pernah mengambil kesempatan.

(bersambung..)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home