" Asalamualaikum tuan aji.."
" Waalaikum salam Man.." Jawab haji Ramli.
" Apa khabar ?..." tanya seman..
" Alhamdulillah, engkau macam mana ?" jawab haji Ramli.
Haji Ramli seorang pesara tentera sering minum pagi diRestoran Siti Khatijah diMedan Gopeng, Ipoh. Restoran itu memang sering dikunjungi pelanggan pesara pesara kerajaan, termasuklah haji Ramli. Restoran itu juga popular dengan masakan Melayu yang enak enak. Banyak pula pilihan makanan nya.
" Saya macam biasa aje lah tuan haji." sambut Seman lagi.
" Jemput lah minum sekali.." haji ramli mempelawa Seman.
" Terima kaseh, haji.."
Seman atau Osman seorang pemuda berasal dari negeri Perlis dan menetap diKampong Melayu, Sungai Rapat, Ipoh kerana berkhawin dengan perempuan tempatan. Walau bagaimana pun isterinya itu telah lama meninggal dunia dan tinggallah Osman bersama dua orang anak perempuannya yang sudah pun berumah tangga. Osman mencari rezeki dengan bekerja sebagai "parking attendant" dengan sebuah pasar raya berhampiran.
" Kau tak kerja ke hari ni ?" tanya haji Ramli.
" Nak pergi kerja la ni.."
" Mintak lah apa kau nak minum, Ambil saja lah apa kau nak makan.." pelawa haji Ramli lagi. Haji Ramli memang peramah dan murah hati. Ramai lah orang yang suka kepadanya. Walau sudah menjadi wargamas tetapi dia tetap segak dan bergaya dan sehat. Ramai yang bertanya apa rahsianya maka beliau begitu..
(bersambung..)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home