Sayang disayang

Sunday, June 19, 2011

insan dipanggil manusia...

...selalunya, dimasjid tempat aku berjemaah, aku dan beberapa jemaah lain akan berkumpul  dibelakang masjid (tempat tok siak menyediakan minuman untuk jemaah jika ada jamuan) selepas solat maghrib menunggu waktu isyak. Kami akan berbual-bual kosong seolah olah seperti berada dikedai kopi. Aku perasan apa yang kami lakukan menyalahi etika ketika berada dimasjid. Lama kelamaan. supaya tidak ketara, aku pun menyertai satu kumpulan jemaah yang lain bertadarus didalam dewan masjid. Begitulah setiap hari dan aku rasa tidak bersalah lagi. Sesekali aku akan menjenguk kebelakang masjid bertegur sapa dengan "kawan kawan lama" dimasjid itu. Nampak nya mereka tidak semesra dulu lagi dengan aku ini. Aku tak ambil kesah lah...yang penting aku tidak merasa bersalah dan melakukan sesuatu yang betul....wallah u alam..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home